Jumaat, 31 Disember 2010

Kata-katanya..

Saya berpegang pada satu prinsip..

Akhirat dihati,
Dunia di tapak tangan,
Akhirat mustahil dilucut dari hati,
Tapi dunia bila-bila sahaja akan ku lepas jua..

Saya tidak takut,
Tidak dijodohkan dengan gadis pilihan mata hati ini,
Tapi saya lebih takut,
Amal ibadat saya kepada Allah...

Namun kerana saya manusia biasa,
Pasti merasai cinta sesama kita,
Apa yang termampu saya buat,
Tidak sesekali mengharap apa-apa daripada kamu,
Tapi,
Mengharap Allah mengisi ruang dihati ini dengan kehadiran kamu..

[ Andai ketenangan milik kita apabila berteman dengannya, 
mungkin itu tanda dialah jodoh kamu]
[ Wallahualam]

Isnin, 20 Disember 2010

Tintaku buatmu~


Sungguh hatiku terusik,
Tatkala aku membaca tintanya buatku,
Daripada seorang sahabat yang juga seorang kakak
Untuk adiknya yang sangat manja..

Kakak,
aku sungguh terharu,
kerna dirimu sungguh berharga,
buat diriku sebagai seorang sahabat juga seorang kakak

Menilai setiap langkah dan nasihat,
untuk terus memberi bimbingan buat adikmu ini,
Ku harap agar aku dapat bertemu denganmu lagi,
Biarpun kita jauh namun kita sentiasa dekat bersama.

Tak akan aku tangisi,
sekiranya pemergianmu meninggalkanku,
kerna ketahuilah bahawa akkku sayang,
aku tahu kamu syahid dalam berjuang di jalan ALLAH.

Benar,
Perancangan ilahi perancangan yang terbaik,
buat kita semua hambanya yang lemah ini,
Kita hanya mampu merancang sahaja,
Namun, yang menentukannya adalah
YANG MAHA ESA!

Adik rindu sangat pada akk,
banyak sungguh cerita yang ingin dikongsi bersama,
Tatkala aku keseorangan disini,
Aku rindu dengan telatah dan tawamu..
Ku harap pada-Mu YA ALLAH
moga aku bisa ketemu dengan kakak kesayaganku ini..

[ Adik rindu pada kak Ngah]
[ akk balik ya..adik sentiasa tunggu akk disini]

Kuarantin??Oh tidak!!

Selamat pagi semua..
Ada kisah disebalik kuarantin ini..
Sebuah keluarga berkumpul bersama hingga ke pagi..
Bukan terpaksa namun terasa bahagia..
Melakukan gerak kerja bersama..
Susah dan senang bersama..
Oh..sungguh indah saat ini..

Dalam keadaan hening malam,
Namun keadaan bilik JMK KHAR sangat meriah..
Biarpun hanya sebilangan sahaja yang ada
Sudah cukup memadai menceriakan keadaan pada pagi ini..

Ya Allah,
Doa ku pinta,
Ku pohon pada-Mu..
Titipkanlah rahmat-Mu pada keluarga ini,
Semaikanlah baja kasih sayang yang berkekalan dalam keluarga ini,
Moga pohon kasih kami berkekalan hingga akhir hayatnya..

Semoga kita bersama-sama hingga akhir hayat..JMK KHAR ..All d'best!..=)

Ahad, 19 Disember 2010

Pagi ini..

Assalamualaikum...
Selamat pagi buat semua..
Entah mengapa hari ini hati terasa sayu..
Tidak terkira rasanya..
Seakan igin mengalir air mata..
Namun, tetap ku mencuba untuk melawan rasa hasutan Syaitan..Musuh Allah..
Ku mencuba untuk melontarkan jauh rasa itu.
Dengan mengisi setiap masaku bersama mereka..


Namun,
Aku masih juga merasakannya,
Ku mencuba mencari puncanya,
Aku pasrah,
Dengan segala ketetapannya,
Antara Keluarga dan Kerjaya..
Memang memerlukan pengorbanan..


Ya Rabbi,
Ya Alim..
Bantulah hambamu dalam menggalas segala tanggungjawab yang diberi..
Semoga aku mampu untuk mencapai segalanya dengan redha dari-Mu..
Amin ya rabbal alamin...

Khamis, 16 Disember 2010

Cintai Allah..

Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui
kehilangan. Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang
mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah yang
tidak. Jika kau mencintai seseorang ada dua kemungkinan
diterima dan ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun
jika kau mencintai Allah pasti diterima. Jika kau mencintai
Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tak akan
ada yang merebut Allah yang kaucintai itu dari hatimu. Tak
akan ada yang merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan
Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah
dengannya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan
berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dari-
Nya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan
adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla

[ i luv Allah ]

Cinta tidak semestinya memiliki ~

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .

Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....



~ SYAIR CINTA HATIKU~

Ya Allah..Ya Rahman...Ya Rahim..
Allahu rabbi aku minta izin,
Bila suatu saat ku jatuh cinta,
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang,
Hingga membuatku lalai akan adanya Engkau.

Allahu Rabbi aku punya pinta,
Bila suatu saat aku jatuh cinta,
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu,
Yang tidak terbatas,
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh.

Allahu Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh cinta,
Pertemukanlah kami,
Berikanlah kami kesempatan,
Untuk lebih mendekati cinta-Mu.

Allahu Rabbi,
Pintaku yang terakhir adalah,
Seandainya aku jatuh hati,
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku,
Anugerahkanlah aku cinta-Mu,
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.

Penyair sufi, Abdul Ghani   

Sayang Kalian Semua.. *[ ^ - ^ ]*



inilah keluargaku..
keluarga seperjuangan yang sama-sama memikul tanggungjawab yang diberi...
moga ukhwah yang terbina ini akan kekal buat selamanya..
saya sayang kalian semua..
Ingatlah..
walau apa jua badai yang melanda..
walau besar mana ombak yang datang..
kita semua tetap akan bersama dalam satu ikatan keluarga yang sangat erat..
moga segala yang terjadi..
menjadi pengerat dalam hubungan yang suci ini..
andai satu masa nanti kita telah berpisah,
ingatlah wahai teman,
segala kenangan manis dan pahit yang kita lalui bersama..
kerna bukan semua dapat merasai apa yang kita rasa..
kerna kita insan terpilih daripada ALLAH untuk merasinya..
maka itu,,,
simpanlah cebisan kenangan ini dalam hati kalian buat selamanya,
ukhwah ini tak akan terputus
kerna
sekali ukhwah yang terbina di jalan ALLAH tak akan putus
tanpa dengan izin dan takdir daripadanya..
teruskan usaha..usah mengalah buat semua sahabat JMK ku tersayang


[SAYA SAYANG KAMU SEMUA  =)  ]

10 Muharam...

Salamunalaik..
Kehadapan sahabatku semua...disini saya ingin mengajak anda semua untuk berpuasa pada esok hari sempena 10 Muharam..
Banyak faedah yang akan diperoleh..


Jadinya..Jom esok Puasa..rebutlah sebanyak mana pahala yang dijanjikan kepada hambanya yang beriman dan patuh pada agama yang di turunkan oleh-Nya...


Renung- renungkan dan selamat beramal...=)

Jodoh di tangan ALLAH

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah..Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak. 

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. 

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak  tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak?Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. 

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada 
 sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas 
 jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita 
 berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
  
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

 "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi 
 hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
 Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi 
apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita 
ada batas-batasnya.

 Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat 
 itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..
 Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. 
Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang 
awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi 
termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."

 "Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu 
 untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri 
 dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. 

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "
Redha"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna 
dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...


p/s: ambilah pengajaran dari kisah ini untuk santapan rohani kita semua..

Sudah di jawab =)

Punya masa yang banyak namun agak sibuk sedikit untuk gerak kerja program sem hadapan..Akhirnya saya dapat juga mencari masa untuk menjawab soalan yang telah di tag oleh sahabat saya Nuraini Munawar.

Cik Nuraini , saya jawab pertanyaan anda..

1. Adakah anda rasa anda hot?
- saya tidak Hot sebab sekarang saya sangat sejuk..=)

2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang. 


3. Cerita pasal gambar ini.
- Gambar ini telah dilukis oleh sahabat merangkap adik saya dalam JMK namanya Nor Halawati..Cantik kan dia lukis menggunakan doodle di yahoo massenger..marilah mencuba..

4. Kali terakhir makan pizza?
- Hari Isnin yang lalu selepas Program Sirih Pulang ke Gagang..Sahabat JMK saya juga yang belanja.. Anis Fadzlin @ Accapera..

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Puji-pujian kepada Nabi Muhammad..baru saja saya dengar di bilik JMK semasa berbincang bersama semua sahabat2 saya..

6. Apa yang anda buat selain membuat tag ini?
- Sedang makan bubur @ moy yang dibuat oleh roomate saya ( Nur Zalikha Ismail )

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
- Nur, Fatima, Fatimazurin, Zurin, Kakak, Reen..dan...nama rahsia hanya keluarga saya je tahu..hihihi

8. Tag lagi 5 orang

- Nur Zalikha Ismail
- Kasmah Sidik
- Azmee Sarayon
- Anisah Husna Ismail
- Norhalawati Zulkifli


9. Siapa no 1 dengan anda?
- Sahabat- sahabat JMK dan semua sahabat yang mengenali diri saya

10. Kata sesuatu kepada orang nombor 5.
- Dik nak pg PC bila??kita jogging waktu pagi nak??

11. No 3 ada hubungan dengan siapa?
- Dia ada hubungan dengan PenciptaNya yang esa..Cintanya hanya satu..nak tahu tnya tuan punya badan la...


12. Bagaimana pula dengan no 2?
- Sahabat yang baru saya kenal namun ukhwah yang terbina seakan berabad lamanya kami bersahabat

13. Kata-kata cinta untuk orang no 4?
Kak Oniechan..sayang akk selalu..moga ukhwah yang terbina kekal selamanya..cayang kak onie..=)

14. Berikan 4 fakta tentang orang yang anda tag.

- Nur Zalikha Ismail
* Roomate saya yang paling baik
* Pembersih dan sistematik orangnya
* Bukan penggemar coklat
* Muka nampak serius namun seorang yang ceria

- Kasmah Sidik
* Kak ngah saya yang tersayang
* Sahabat yang dikenali dalam dunia rawatan islam
* Penggemar warna hijau [ agak obses ya di situ! ]
* Sangat kumblak orang nya..hihi tak tahu maksud tanya orang sabah,,=)

- Azmee Sarayon
* Seorang sahabat yang baru dikenali
* Sangat tenang dan kelakar orangnya
* Sabah menjadi tempat kelahirannya
* Ingin mencari zaujah orang semenangjung..moga ketemu ya! 

- Anisah Husna Ismail
* NYDP kami yang comel
* Bakal melangsungkan perkahwinan..bila???hihi tak tahu...
* Punya mata yang sangat cantik dan bulat
* sangat ceria orangnya..

- Norhalawati Zulkifli
* lebih tinggi dari saya walaupun dia seorang adik!
* Berasal dari baling kedah
* Sangat bersemangat bila bekerja..
* Punya keberanian yang sangat saya kagumi

p/s: akhirnya dapat juga saya menjawab tag dari sahabat saya..=)

Ahad, 12 Disember 2010

Penat!

Biarlah mereka sebegitu..
Mungkin sukar untuk mengubah pemikiran manusia..
Mungkin mereka yang mengetahui segalanya..
Mungkin aku bukan keluarga itu..
Hanya berpura seketika..
Gembira dalam duka..
Bahagia dalam derita
HIPOKRIT!
Itulah kata-kata aku untuk mereka..
Usah berpura lagi..
Kerna aku sudah penat..
Aku sudah lelah
Aku mahu mengalah
Mahu menunggu masa untuk kalian menerima kami..!
Pergilah..
Aku tak akan menghalang lagi..

Sabtu, 4 Disember 2010

Egokah Aku???

Ku tak pernah merasa
Gundah di hatiku, ketika denganmu
Saat kau, kau belai rambutku
Kau temani aku, kau basuh lukaku
Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku
Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak di hatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Sadarkah kini ku tak rela
Imanku telah sirna
Mimpiku tak nyata
Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku
Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak di hatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
[ sekadar lirik lagu sahaja ..jangan salah faham ya!]


Egoiskah Aku ??



Tika tinta ini ku coretkan
Buat penawar hati,
mungkin untuk seketika,
tapi harus kucuba menerima seadanya..

Hanya tinta biasa,
buat luahan hati
yang penuh rasa ..

Biarlah rahsia hati,
seperti juga takdir ilahi,
tiada siapa yang mengetahui
hanya ilahi dan juga diri ini.

Pernah ku dengar,
kata nasihat seorang sahabat muslimat,
Bila kita jatuh cinta pada seseorang, 
dan dia sudah dimiliki,
Usah luahkan rasa hati itu,
Biar ia disimpan jauh di lubuk hati,
kerna bila perasaan itu terkubur bersama jasad kita kelak,
Kita syahid dalam memperjuangkan maruah cinta
kerna,
cinta itu harus di labuhkan pada yang Maha Esa..

Ya,
itu yang perlu aku lakukan,
kerna ianya sama dengan prinsip diriku,
aku tak akan meluahkannya,
buat selama-lamanya,
hingga akhir hayat ini,

Egoiskah aku???..
Namun itulah diriku,
Tidak mahu meluahkan apa yang dirasa,
Kerna,
Aku bukan seperti yang lain,
Bisa merebut kebahgiaan insan lain,
Kerna aku yakin pada Yang Maha Kuasa,
Yang telah menentukan yang terbaik buat semua hambanya.

Duhai hati,
Sudahlah dan berhentilah disini,
Lenyapkan impian dan hasrat itu,
Jauh di sudut hati,
Kerna tiada yang pasti dalam hidup ini,
Kerna takdir ilahi itu tiada yang mengetahui......

.
.
.
.
[ moga kita semua menemui sinar bahagia dari-Nya]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...