Sabtu, 22 Januari 2011

PELANGI KASIH

Alam ciptaan ilahi,
Berputar mengikut edaran masa,
Silih berganti siang dan malam,
Puas aku memerhati,
Hingga bibir terukir senyuman
Saat mentari bangkit menyinari alam,
Melaksanakan tugasnya seperti biasa.

Cahaya pagi ini,
Sedikit berbeda dari semalam,
Lembayung cahayanya masih di ufuk itu,
Tetap sama tidak berbubah,

Aku masih disini,
Memerhati tiap sudut pemandangan alam,
Sungguh indah dan menenangkan jiwa,
Hingga buat kau leka dan alpa seketika,
Takjubnya ciptaan ilahi.

Kotak fikiranku mula diterjah persoalan,
Tugas mula mengambil tempat dalam kotak fikiranku,
Memikirkan langkah seterusnya untuk bangkit semula,
Setelah lelah dalam perjuangan.

Namun,
Aku yakin janji ilahi,
Dia ada bersama hambanya yang berjuang dijalan-Nya,
Lalu ku bangkit semula,
Melawan onak dan ranjau kehidupan,
Biarpun pahit dan getir kurasai,
Berbekalkan tekad jihad ilahi.

Nekad yang baru,
Tersemat utuh  pada pagi ini,
Ku lontarkan jauh kenangan lalu,
Kini kutanamkan benih keimanan di hati,
Ku bajainya dengan cahaya kasih sayang,
Ku siraminya dengan titisan redha ilahi,
Agar bias aku memiliki kembali,
Mahligai kebahagiaan aman dan bahagia.

Pelangi kasih,
Membunga di hati,
Lirikan tarian bibir tersenyum rapi,
Kerna ilham ilahi sentiasa disisi,
Merungkai isi hati secara tersembunyi,
Untuk menerima dan meredhai,
Bukan semua yang kita ingini dapat dimiliki,
Kerna yakin dan pasti,
Bunga cinta ilahi,
Pasti bersama diri,
Kekal Milik abadi.

Kolej Harun Aminurrashid
22 December 2010
LUKISAN JIWA

Tinta ku coretkan,
Tarian tangan tersusun indah,
Melakar rasa gubahan hati,
Titik duka dan lara,
Kerna tiada siapa yang mengerti,
Gelodak  jiwa ini.

Aku gadis biasa,
Yang punya teman dan keluarga,
Namun semua yang berlaku hanya sebuah fantasi,
Penuh lakonan di pentas dunia,
Hingga mengabur jasad dan minda.

Ku laungkan azimat buat mereka,
Hentikan lakonan itu,
Kerna aku sudah penat dan lelah,
Melayari dunia fantasi mereka
Yang penuh tipu dan daya.

Satu saat dan tika dulu,
Aku rebah tidak mampu bangkit semula,
Meratapi kesedihan dihati,
Tersenyum dan tawa dalam derita,
Hanya untuk mereka,
Sahabat tersayang semua.

Wahai bintang dan bulan,
Teman diri saat duka dan lara,
Yang mampu melihat namun tidak mampu berkata,
Apa yang harus ku lakukan kini,
Adalah aku harus pergi,
Dari kehidupan mereka semua,
Agar kegembiraan itu terus kekal selamanya,
Tidak dikotori noktah kesedihan di hati mereka.

Pada saat tinta ini ku cipta,
Aku masih punya yang Esa,
Untuk terus ku panjatkan doa dan harapan,
Menghilangkan segala resah dihati,
Menghilangkan nestapa dijiwa,
Meredhai segala ketetapan ilahi,
Kerna segalanya Rahsia Allah,


Tasik Proton City
20 December 2010

Khamis, 20 Januari 2011

Khas Untukmu Sahabatku *[ ^ - ^ ]*

[ Dua wanita bekerjaya dalam era moden..hihi...]
.
.
[ terung masak sambal ]
.
.
Ika, kita masak terung nie khas tok ika..
Sebenarnya tak pernah ada orang cakap kita masak sedap hihi
terasa gembira bila awak nak saya masak lagi terung nie
Walaupun berbeza cara kita memasak..
Maklumlah sorang utara
sorang selatan..
namun akhirnya kita dapat banyak ilmu tentang dunia memasak hihi
Tak perlu ke kelas memasak lagi kan2..
nanti lau ika nak lagi,
kita masakkan ye..
syukran sahabat...=)
.
.

Tinta khas untuk sahabatku @ roomate tersayang..
Syukran ya ukhti atas post anda di blog kamu..
Buat saya sangat-sangat terharu hingga mengalirkan air mata kesyukuran.
Nikmat bersaudara dan berukhwah atas nama ALLAH..
Sangat Indah dan Manis sekali..
Hihi..sebenarnya tiada apa yang mampu terungkap
Sangat bersyukur ditemukan dengan sahabat seperti kamu
Sentiasa ada disisi menjadi pembakar semangat dan ingatan
Berjuang bersama pada jalan ALLAH..
Memberi semangat tatkala aku hampir rebah
Menjadi pendengar yang setia dalam setiap luahan hati dan ceritaku
Alhamdulillah..
Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah..
Dipertemukan sahabat senang dan susah bersama..
Moga Ukhwah yang terbina ini kekal buat selamanya..

Jadual Semester 4 ~~


Slot/Day
MON
TUE
WED
THU
FRI
SAT
08:00-09:00


KPS3014
Grp: P (Lect)
DKA  
KPS3014
Grp: P (Lect)
B.E-Learning15  
BML3063
Grp: A (Lect)
PC24  

09:00-10:00
BSS3053
Grp: A (Lect)
PC20  

KPS3014
Grp: P (Lect)
DKA  
KPS3014
Grp: P (Lect)
B.E-Learning15  
BML3063
Grp: A (Lect)
PC24  

10:00-11:00

BML3063
Grp: A (Lect)
PC22  

FCK3012
Grp: I (Lect)
B.E-Learning1  

CPP2021
Grp: A (Lect)
TS 5  
11:00-12:00

BSS3053
Grp: A (Lect)
PC22  
BMP3093
Grp: B (Lect)
PC21  
FCK3012
Grp: I (Lect)
B.E-Learning1  

CPP2021
Grp: A (Lect)
TS 5  
12:00-13:00
BMP3093
Grp: B (Lect)
PC25  
BSS3053
Grp: A (Lect)
PC22  
BMP3093
Grp: B (Lect)
PC21  



13:00-14:00






14:00-15:00
BSK3033
Grp: A (Lect)
DKA  
BSK3033
Grp: A (Lect)
DKC  




15:00-16:00
BSK3033
Grp: A (Lect)
DKA  





16:00-17:00








17:00-18:00



CSG2051
Grp: B (Lect)
Gelanggang Serbaguna  


18:00-19:00



CSG2051
Grp: B (Lect)
Gelanggang Serbaguna  



KPS3014
- PENGURUSAN PEMBELAJARAN
BSS3053
- PROSA MELAYU
BMP3093
- APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU
BSK3033
- KETERAMPILAN PENULIS
CSG2051
- FUTSAL
FCK3012
- BAHASA MANDARIN KOMUNIKASI I
BML3063
- SINTAKSIS BAHASA MELAYU
CPP2021
- TAJWID


Ya Allah,
Berilah Aku kejayaan
Dalam setiap langkah dan perbuatanku..
Redhailah dan berkatilah
Setiap apa yang aku lakukan..
Pimpinlah aku ke jalan yang benar,
bantulah aku dengan cahaya petunjuk dari-Mu
Agar bisa aku 
Melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab
 yang diamanahkan dengan sebaiknya,
.
Ku pohon pada-Mu
terangilah jalan yang aku lalui
tetapkan iman dan hatiku
Agar terus tegar dan utuh pada-Mu..
Amin..Ya Rabbal Alamin...

PerjuanganKu bersama KARIB'11

[ inilah poster tentatif sepanjang KARIB'11 dijalankan]
.
.
[ Poster mewarna & melukis ]
.
.
[ Puisi Melayu adat masyarakat kita..jangan dilupa ]
.
.
[ Menang kalah adat pertandingan..yang pasti manfaat yang diperolehi lebih bernilai ]
.
.
Segala Onak Duri telah kita lalui bersama
Pengalaman manis mahupun yang pahit
Jadikan ia dalam lipatan sejarah hidup kita semua
Harus kita semua sedari wahai sahabatku
Pengalaman sebegini bukan semua dapat merasai
Hanya insan pilihan ilahi 
Menjadi bukti bahawa kalian semua mampu untuk melaksanakannya
.
.
Untuk semua ..
Ku titipkan doa buat kalian
Agar terus berjaya dalam kehidupan
Terus tabah dalam mengharungi ranjau kehidupan
Pasti satu saat nanti
Kalian semua akan merindui detik-detik kita bersama
Percayalah
Ukhwah yang terbina ini
Sentiasa mendapat Redha dan keberkatan ilahi..
InsyaAllah..Amin..



[ Kasihku Abadi ]

Artist: In-Team
Song Category: Nasyid
Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...