Ahad, 24 April 2011

Umpama Permata

Duhai kasih,
Usah bersedih lagi
Lautan cinta dan kasih ilahi
tidak pernah layu
di kunjungi gelombang ombak yang deras
.
.
Duhai cinta
andai kau berpaut pada kasih ilahi
air mata yang mengalir pasti lebih berharga
umpama permata putih
yang tetap bersinar
walau dilitupi berjuta
pepasir pantai
.
.
Duhai sahabat
aku menyayangimu
aku menyanjungi pengorbananmu
aku mengenangi perjuangan sesama kita
aku merindui gelak katawa bersamamu
aku menangisi kesedihan yang kita alami
kerna kalianlah
cinta hatiku 
hampir selama setahun ini..
.
.
Ku korbankan masa untuk keluargaku
ku hilangkan masa bersama sahabat handaiku
semuanya kerana kalian
insan yang bertakhta di hatiku
yang menjadi sebuah kenangan terindah buat selamanya..
.
.
Akhirnya,
air mata itu tidak mampu ku tahan lagi
tatkala melihat 
tawa
senyuman
kalian semua..
aku niatkan pada ilahi
agar air mata yang mengalir suci itu tulus dari hati
kerna sayangnya aku pada sebuah
keluarga
kerna sayangnya aku pada sebuah
ukhwah yang tiada ternilainya....
.
.

Sabtu, 23 April 2011

Aku Rindu...


Ya Allah,
aku merindui mereka,
Gelak tawa tingkah mesra 
menerjah mindaku yang kosong ini..

Ibu, 
senyum dan tawamu
pengubat duka dan lara 
bagi anakmu yang manja ini

Nenek,
tiap butir permata nasihatmu,
menjadi tiang ingatan
pedoman buat cucumu yang nakal ini

Adik,
ikatan kasih antara kita
Umpama air yang tidak mampu dicincang,
Lautan kasihku padamu
Ku berikan buat adikku tersayang

Sayang-sayangku,
tingkah gerimu,
tawa girangmu
menjadi kerinduan padaku kini
andai mampu aku terbang
akan sampai aku pada tiupan kerinduan itu

Ya Allah,
Aku menyayangi mereka
Payungi mereka dengan naungan kerahmatanmu..
.
.
.
[ Amin Ya Rabb Alamin ]

Fitrah kasih

Tiada kata yang mampu terungkap,
Saat rasa itu mula tiba di jendela hati,
Kerna hanya yang memahami dan mengerti,
Mampu mentafsir gelodak ombak kasih itu.

Aku disini,
Hanya terdiam kaku,
Ibarat hilang nyawa seketika,
Melihat Kasih itu kian pergi,
Seakan pelangi hilang pabila tibanya malam,
Yang tidak mampu untuk aku menahannya lagi.

Katanya,
Itu fitrah berkasih,
Melukai dan dilukai,
Bahagia dan gembira,
Namun mengapa fitrah kasih kita berbeda,
Tidak seperti tawanya burung di langit pada terbit mentari.

Satu saat hingga kini,
Air mata cinta mengalir,
Mengigatkan aku pada fitrah kasih yang kian malap,
Bagai lilin yang kehabisan sumbunya,
Bagai daun luruh yang mula berguguran,
Bagai bintang tiada sinarnya ditenggelami dek kegelapan malam.

Aku rela,
Aku pasrah,
Aku mengalah,
Kerna rasa fitrah kasih itu,
Bukan untuk dipaksa,
Namun hadir buat hati yang merasai denyut cinta kurniaan illahi..



[ aku sentiasa berharap agar fitrah kasih itu akan tiba walau aku tahu tiada sinar harapan lagi ]

Ahad, 17 April 2011

Andai AKU BISA~~


Ya Rabb..
Andai bisa hati ini berbicara
Akan aku lakarkan kisah ceritera hati ini
Buat tatapan-Mu .

Ya Ghafar,
Andai aku bisa
Mengubah segalanya
Akanku warnakan kehidupan ini dengan cahaya pelangi
Akanku lakarkan lukisan jiwa kehidupan ini dengan berus kasihmu

Namun, 
semuanya itu 
JIKA AKU BISA~~

[ HATI..tenanglah dikau bersama embun pagi yang terus mendingin..]

HIKMAH KASIH


Di saat diriku,
Ketandusan kata-kata
Kehilangan semangat di jiwa,
Terkapai dalam lena yang panjang,

Kau datang menjelma membawa cahaya,



Kau curahkan kasih itu,

Kasih yang  mekar dijiwa,
Kasih yang tulus dari hati,

Terpancar indah menghiasi dunia fantasi  ini,
Berbekalkan keindahan perkerti,
Umpama sebuah pelangi selepas rintik hujan membasahi bumi.



Engkau  datang memberi sinar,

 Untuk ku teruskan perjuangan hidup,
Menongkah ranjau yang penuh duri, 

Menyelusuri cabaran yang mematangkan diri.



Indahnya ukhwah itu,
Tanpa terpalit rasa cemburu,

Tanpa dinoda sifat mazmumah antara kita,

Hingga terbitnya cahaya,
Akanku kenang segala jasa,
Kenangan antara kita,

Menjadi kamus indah dalam hidup ku,
Kekal buat selamanya.

Khamis, 7 April 2011

Dia ~~

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman~
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah~~
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam~
Yang sentiasa haus dengan ilmu~
Yang sentiasa dahaga akan pahala~
Yang solatnya adalah maruah dirinya~
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar~
Yang tidak gentar untuk melawan nafsu~
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah~

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya~
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya~
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya~
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang~
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat durjana~

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya~
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga~
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga~
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam~
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan~
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat~

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam~
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah~
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara~
Yang menjaga matanya dari berbelanja~
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya~

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa~
Matanya kepenatan kerana penat membaca~
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir~
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan~
Bangunnya subuh penuh kecerdasan~
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan~

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati~
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat~
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga~
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik~
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian~

Lelaki idaman saya adalah lelaki..
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia~
Kerana dia mengimpikan syurga~
Di situlah rumah idamannya~
Dan dia ingin membawa saya bersama~
.: Dialah lelaki idaman saya~ :.

Jumaat, 1 April 2011

Salam sayang~~

Allahuakhbar...
Sudah lama rasanya tiada tinta yang kucoretkan di laman ini,
Bukan kerna aku tidak mahu,
Namun mungkin kerna hatiku tidak tenang lagi...

Hari ini..
Kata hati membuka cerita..
Penuh kisah yang terpendam..
Buat tatapan diri dan semua..
Hanya yang memahami keadaan diri..

Lupakan semuanya,
Kembali pada impian dan cita di hati,
Luahkan segala pada ilahi,
InsyaAllah hati akan diubati..

Buat sahabat semua,
Buang yang keruh, 
Ambil yang jernih,
Hanya mampu tersenyum,
Melihat reaksi manusia,
Semua berubah  kerana dunia..

[ Mampu Tersenyum ]..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...