Jumaat, 24 Jun 2011

Barakallahu Lakuma Kak Oniechan

We're here on this Special Day
Our hearts are full Of pleasure
A day that brings the two of you
Close Together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir

(chorus)

From now you'll share all your joys
Through hardships,support each other
Together worshiping Allah
Seeking His Pleasure
We pray that He will feed your life
With Happiness and Blessings
And grant your Kids
who make your home filled with laughter
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir

(Chorus)

(4X)
Barakallah

(2X)
Barakallahu lakuumwalanaa

Allah bariklawhuma
Allah Hadhum hubbahuma
Allah Solli wasallim a'la rasulillah
Allah tub'alaina
Allah irdha anna
Allah ihdhi khuthoona a'la sunnat nabiina
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(4X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir
.
.
.
Sebenarnya lagu ini, Qaseh titipkan khas buat kakak qaseh yang telah selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Jun 2011 yang lalu.. Tahniah Qaseh ucapkan kepada Kak Oniecan @ Anisah Husna dan zaujnya Cikgu Roshdi..Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..cepat dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah..(^-6)..
Buat pembaca blog Qaseh, khas buat kalian semua..Gambar2 ini sepanjang Qaseh dan sahabat2 JMK 2010/2011 menghadiri walimah kak Onie..

Moga satu hari nanti Qaseh juga di kurniakan seorang zauj yang dapat membimbing Qaseh dunia akhirat..Amin..huhu..tapi siapa pula bakal zauj Qaseh kan..hihi..tidak mengapa satu masa nanti pasti Qaseh menemuinya..Itu janji Allah bahawa setiap makhluk di dunia ini semuanya diciptakan berpasang-pasangan...Okeylah..sebenarnya entry ini untuk memberi satu kenangan buat pengantin baru kita ini..Semoga bahagia buat kak Oniecan..khas daripada Qaseh..

 [ Moga bahagia dunia akhirat ]
.
.
[ senyuman bahagia pengantin..(^-^)*
.
.
[ Cikgu Rushdi & Kak Anisah Husna]

Selasa, 21 Jun 2011

- Qawaid Fiqhiyyah -

Memahami Qawaid Fiqhiyyah: Kemudharatan Dihilangkan


Kemudharatan dihilangkan atau dihindarkan ataupun dalam istilah bahasa arab ia disebut الضرورة يزال merupakan kaedah yang keempat menurut silibus ilmu Qawaid Fiqhiyyah. Aplikasi kaedah ini adalah salah satu daripada prinsip Islam yang unggul demi menjaga kemaslahatan umat seluruhnya. Ini juga bertepatan dengan sabda Baginda SAW:
لاضرر ولاضرار
Bermaksud: Tidak mudharat dan tidak dimudharatkan
Terbit pula beberapa kaedah cabang daripada kaedah besar di atas. Antaranya bakal saya terangkan di bawah tajuk kecil kemudharatan khusus dan umum.
Tegasnya, kemudharatan khusus itu sebenarnya terbahagi kepada beberapa bahagian, kadangkala kemudharatan itu datang dengan lebih berat, adakalanya lebih ringan dan ada pula secara sama.
Para fuqaha’  telah menetapkan suatu kaedah berhubung dengan kemudharatan yang berbentuk umum. Ianya terkandung di dalam kaedah يتحمل الضرر الخاص لدفع ضرر عام (Ditanggung kemudharatan khas (khusus) untuk menolak kemudharatan umum).
DITANGGUNG KEMUDHARATAN KHUSUS UNTUK MENOLAK KEMUDHARATAN UMUM
Pada asalnya, setiap individu berhak melakukan sebarang perkara ataupun aktiviti yang memberi manfaat kepada kepada diri dan umum. Perkara itu semestinya terhindar daripada melakukan kerosakan dan kezaliman terhadap masyarakat umumnya.
Namun begitu, syariat bertindak menegah seseorang sekiranya individu itu melakukan kemudharatan ke atas orang lain, walaupun dirinya mengalami kemudharatan atas sebab tegahan itu. Justeru, kemudharatan ke atas dirinya itulah yang dinamakan kemudharatan khusus demi menolak kerosakan yang dilakukan ke atas orang  lain. Dan ianya diistilahkan sebagai kemudharatan umum.
Setelah jelas kita mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kaedah di atas, maka untuk memudahkan kefahaman pembaca, saya datangkan misalan berbentuk peristiwa agar lebih mudah dihadamkan bersama.
TEGAHAN MENJUAL ANGGUR
Pada asalnya hukum menjual anggur  itu harus, tetapi ianya akan bertukar status hukum jika kita mengaplikasikan kaedah di atas.
“Mengapa pihak kami tidak boleh membeli anggur di ladang tuan?” Tanya seorang pemuda terpinga-pinga kehairanan.
“Maaflah encik, saya hanya akan menjual anggur ini kepada mereka membeli borong untuk tujuan jualan secara segar. Bukan diproses untuk merosakkan umat.” Jawab pemilik ladang anggur dengan wajah sinis dengan harapan pemuda itu sedar apa yang dilakukannya. Pemilik ladang itu tahu bahawa pemuda itu adalah salah seorang pengusaha minuman arak yang menggunakan anggur sebagai bahan utama.
Maka sekiranya pemilik ladang itu tahu siapa pembelinya, dia ditegah daripada berurusniaga dengan pemuda itu kerana ternyata anggur itu bakal diproses menjadi arak. Sudah pasti ianya mendatangkan kemudharatan yang besar kepada umat Islam jika arak itu menjadi minuman seharian. Kerugian sedikit yang sedikit tidak mengapa, asalkan tidak menanggung besar dosa azab diakhirat.
DILARANG BERNIAGA
Acapkali kedengaran pihak peniaga mengaut keuntungan berlipat kali ganda sekiranya berlaku kekurangan makanan. Malaysia salah sebuah negara yang sering dilanda masalah tersebut terutamanya jika kekurangan bahan makanan atau mentah ketika tiba musim-musim perayaan.
“Wah, mahal betul harga gula dan tepung sampai melambung berlipat kali ganda dari harga biasa.” Terkejut seorang surirumah apabila melihat label harga barangan yang agak mahal.
“Biasalah, sekarangkan dekat raya, orang ramai sana sini nak buat kek, kuah raya.. tambahan pula kami susah mahu dapatkan barangan dari pemborong, itu yang mahal mak cik.” Jelas seorang pemilik kedai runcit.
“Sekarangkan musim tengkujuh,  ikan payah nak dapat.” Jerit seorang peniaga ikan pasar malam pula.
Situasi di atas menggambarkan kepada kita bahawa para peniaga sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan sesuka hati ketika berlakunya kekurangan sumber bekalan makanan. Oleh itu, ianya mendatangkan mudharat kepada masyarakat umum khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Sudah tentu kos belanjawan harian terjejas teruk dan ini juga memungkinkan mereka berhutang kerana tidak mencukupi wang. Realiti ini jelas berlaku, penduduk kampung saya adalah di antara jutaan masyarakat umum yang sering merungut hal sebegini.
Jadi, syariat menggariskan bahawa sekiranya ini terjadi maka pihak pemerintah seharusnya mengawal kembali imbangan harga barangan agar tidak memudharatkan rakyat.
MUFTI JAHIL KELUARKAN FATWA
Perkara ini tidak mustahil berlaku dan sememangnya ia pernah berlaku. Taraf mufti di sisi masyarakat Islam adalah tinggi berbanding golongan agamawan lain. Bahkan setiap butir bicara mereka akan menjadi ikutan awam kerana rakyat kebanyakkan lebih bersifat taqlid jika wujud sesuatu masalah. Muftilah yang akan mengeluarkan fatwa bagi menangani masalah yang terbit di celahan masyarakat. Tambahan pula, dunia Islam kini kepupusan ulama’ mujtahid sepertimana zaman kegemilangan Islam silam.
Terkandung dalam kaedah ini, sekiranya mufti jahil tersebut sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa yang jelas menyimpang dari ajaran Islam sebenar sehingga merosakkan fikrah umat, maka pihak berkuasa berhak menghalangnya segera. Jika tidak ia dibimbangi menyebarkan helah hasil fatwa sesat tersebut kepada umum.
MEMBANTERAS PEMBUNUH DAN PENCURI
“Getah di kebun Mak Teh dan Pak Teh Man kena curi dengan orang..” Beritahu emak.
Geram, mual dengan aktiviti yang tak berkesudahan ini.
Bukan senang para pekebun kecil berhari-hari membanting tulang, memerah keringat untuk mendapatkan seguni getah beku. Kadangkala memakan masa berhari-hari untuk memperolehi hasil seguni itu. Itu belum dibahagikan hasil kepada dua bahagian, misalnya seguni harganya RM100, satu bahagian untuk penoreh getah dan sebahagian lagi untuk pemilik kebun.
Bayangkan jika seminggu hujan tanpa henti, para penoreh tidak boleh bekerja. Sudah tentu ianya mendatangkan kesukaran kerana pendapatan mereka terjejas. Lebih terjejas jika pencuri tidak berhati perut mengaut segala hasil getah yang diperolehi. Apakah ini tidak mengguris perasaan pekebun kecil yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?
Begitu juga sekiranya berlaku kes pembunuhan. Apakah akan terjadi sekiranya pembunuh ini terus menerus melakukan aktiviti bunuh itu terhadap masyarakat awam? Tidakkah ianya mendatangkan mudharat?
“Dan dalam qisas itu ada (jaminan) kehidupan bagimu, wahai orang-orang yang berakal, agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah:179)
Justeru, syariat menetapkan hukum had kepada para pembunuh dan pencuri yang didakwa. Pembunuh dihukumQisas (bunuh balas) dan pencuri dikenakan hukuman potong tangan.
Wallahualam~~

Ilmu kendiri--Qanaah???

Qanaah ialah menerima dengan cukup.

Qanaah itu mengandung lima perkara:
  1. Menerima dengan rela akan apa yang ada.
  2. Memohonkan kepada Tuhan tambahan yang pantas, dan berusaha.
  3. Menerima dengan sabar akan ketentuan Tuhan.
  4. Bertawakal kepada Tuhan.
  5. Tidak tertarik oleh tipu daya dunia.

Itulah yang dinamai Qanaah, dan itulah kekayaan yang sebenarnya.

Rasulullah saw bersabda:

"Bukanlah kekayaan itu lantaran banyak harta,, kekayaan ialah kekayaan jiwa".

Ertinya: Diri yang kenyang dengan apa yang ada, tidak terlalu haloba dan cemburu, bukan orang yang meminta lebih terus terusan. Kerana kalau masih meminta tambah, tandanya masih miskin.

Rasulullah saw bersabda juga:

Ertinya:

"Qanaah itu adalah harta yang tak akan hilang dan pura (simpanan) yang tidak akan lenyap". (HR. Thabarai dari Jabir).

Orang yang mempunyai sifat qanaah telah memagar hartanya sekadar apa yang dalam tangannya dan tidak menjalar fikirannya kepada yang lain.

Barangsiapa yang telah beroleh rezeki, dan telah dapat yang akan dimakan sesuap pagi sesuap petang, hendaklah tenangkan hati, jangan merasa ragu dan sepi. Tuan tidak dilarang bekerja mencari penghasilan, tidak disuruh berpangku tangan dan malas lantaran harta telah ada, kerana yang demikian bukan qanaah, yang demikian adalah kemalasan. Bekerjalah, kerana manusia dikirim ke dunia buat bekerja, tetapi tenangkan hati, yakinlah bahawa di dalam pekerjaan itu ada kalah dan menang. Jadi tuan bekerja lantaran memandang harta yang telah ada belum mencukupi, tetapi bekerja lantaran orang hidup tak boleh menganggur.

Hal ini kerap menerbitkan salah sangka dalam kalangan mereka yang tidak faha rahsia agama. Mereka lemparkan kepada agama suatu tuduhan, bahawa agama memundurkan hati bergerak. Agama membawa manusia malas, sebab dia sentiasa mengajak umatnya membenci dunia, terima saja apa yang ada, terima saja takdir, jangan berikhtiar melepaskan diri. Sebab itu, bangsa yang tidak beragama beroleh kekayaan, bangsa yang zuhud terlempar kepada kemiskinan katanya!

Tuduhan demikian terbit lantaran salah perasangka pemeluk agama sendiri. Mereka sangka bahawa yang bernama qanaah ialah menerima saja apa yang ada, sehingga mereka tidak berikhtiar lagi. Mereka namai taqwa orang yang hanya karam dalam mihrab. Mereka katakan soleh orang yang menjunjung serban besar, tetapi tidak memperdulikan gerak geri dunia. Mengatur hidup, mengatur kepandaian, ilmu dunia, semuanya mereka sangka tidak boleh dilarang agama! Sebab kesalahan persangkaan pemeluk agama itu, salah pulalah persangkaan orang yang tidak terdidik dengan agama, bukan kepada pemeluk agama yang salah pasang itu, tetapi salah sangka kepada agama sendiri.

Intisari pelajaran agama ialah menyuruh qanaah itu, qanaah hati, bukan qanaah ikhtiar. Sebab itu terdapatlah dalam masa sahabat-sahabat Rasulullah saw, orang kaya-kaya, berwang, berharta berbilion, beruma sewa, berunta banyak, memperniagakan harta benda keluar negara, dan mereka qanaah juga. Faedah qanaah amat besar di waktu harta itu terbang dengan tiba-tiba.

Sri baginda ratu Belanda Wilhelmina seorang ratu yang masyhur mempunyai pendirian qanaah ini. Puteri Yuliana, disuruh mempelajari segala macam kepandaian yang perlu untuk menjaga hidup sehari-hari, disuruh belajar menjahit, memasak, menyulam dan lain-lain. Ketika ditanyai orang kepada baginda apa maksud yang demiian, baginda menjawab kira-kira demikian.

"Tipu daya dunia tak dapat dipercayai, ini hari kita dipujuknya, besok mana tahu kita diperdayakannya, sebab itu kita tak boleh harap dengan yang ada, dan tak boleh cemas menempuh apa yang akan terjadi".

"Tipu daya dunia tak dapat dipercayai, ini hari kita dipujuknya, besok mana tahu kita diperdayakannya, sebab itu kita tak boleh harap dengan yang ada, dan tak boleh cemas menempu apa yang akan terjadi".

Inilah pendirian yang sepantasnya bagi seorang raja, terutama di zaman demokrasi, kerani nasib tidak dapat ditentukan, berapa banyak raja yang lebih besar dari Ratu Wilhelmina, dan Yuliana terpaksa meninggalkan singgahsananya. Pelajari hidup bersakit, kerana nikmat tidaklah kekal.

Maksud qanaah itu amatlah luasnya. Menyuruh percaya yang betul-betul akan adanya kekuasaan yang melebihi kekuasaan manusia, menyuruh sabar menerima ketentuan Ilahi jika ketentuan itu tidak menyenangkan diri, dan bersyukur jika dipinjamiNya nikmat, sebab entah terbang pula nikmat itu kelak. Dalam hal yang demikian disuruh bekerja, kewajipan belum berakhir. Kita bekerja bukan lantaran meminta tambahan yang telah ada dan tak merasa cukup pada apa yang dalam tangan, tetapi kita bekerja, sebab orang hidup mesti bekerja.

Itulah maksud qanaah.

Nyatalah salah persangkaan orang yang mengatakan qanaah ini melemahkan hati, memalaskan fikiran, mengajak berpangku tangan. Tetapi qanaah adalah modal yang paling teguh untuk menghadapi penghidupan, menimbulkan kesungguhan hidup yang betul-betul (enerti) mencari rezeki. Jangan takut dan gentar, jangan ragu-ragu dan syak, mantapkan fikiran, teguhkan hati, bertawakal kepada Tuhan, mengharapkan pertolonganNya, serta tidak merasa kesal jika ada keinginan yang tidak berhasil, atau yang dicari tidak dapat.

Kenapa kita ragu-ragu, padahal semuanya sudah tertulis lebih dahulu pada azal, menurut jalan sebab dan musabab.

Ada orang yang putus asa dan membuat bermacam-macam 'boleh jadi' terhadap Tuhan. Dan berkata:

"Boleh jadi saya telah ditentukan bernasib buruk, apa guna saya berikhtiar lagi. Boleh jadi saya telah ditentukan masuk neraka, apa guna saya bersembahyang".

Ini namanya syu'uahan, jahat sangka dengan Tuhan, bukan husnus zhan, baik sangka. Lebih baik merdekakan fikiran diri dari syu'uzhan itu. Faham demikian tidak berasal dari pelajaran agama, tetapi dari pelajaran falsafah yang timbul setalah ulama-ulama Islam bertengkar-tengkar tentang takdir, tentang azali, tentang qadha dan qadar.

Tak mungkin Allah akan begitu kejam, menentukan saja seorang mesti masuk neraka, padahal dia mengikut perintah Allah?

Kembali kepada qanaah tadi, maka yang sebaik-baiknya ubat buat menghindarkan segala keraguan dalam hidup, ialah berikhtiar an percaya kepada takdir. Hingga apa pun bahaya yang datang kita tidak syak dan ragu Kita tidak lupa ketika untung, dan tidak cemas ketika rugi. Siapa yang tidak berperasaan qanaah, ertiya dia tak percaya takdir, tak sabar, tak tawakal. Mesti tak dapat dia tak percaya takdir, tak sabar, tak tawakal. Mesti tak dapat tidak, fikirannya kacau, lekas marah,penyusah, dan bilamana tidak, fikirannya kacau, lekas marah, penyusah,dan bilamana beruntung lekas pembangga. Dia lari dari yang ditakutiya, tetapi yang ditakuti itu berdiri di muka pintu, sebagaimana orang yang takut mengingat-ingat, barang yang diingat-ingat, kian dicubanya melupakan teringat itu, kian teguh dia berdiri di ruang matanya.

Ini semuanya tidak terjadi pada orang beriman yang redha menerima apa yang tertentu dalam azal. Meskipun susah atau senang, miskin atau kaya, semua hanya pada pandangan orang luar. Sebab dia sendiri adalah nikmat, dan kekayaan dalam perbendaharaan yang tiada ternilai harganya, 'pada lahirnya azab, pada batinnya rahmat'. Jika ditimpa susah, dia senang sebab dapat mengingat kelemahan dirinya dan kekuatan Tuhannya, jika dihujani rahmat, dia senang pula, sebab dapat bersyukur.

Qanaah, adalah tiang kekayaan yang sejati. Gelisah adalah kemiskinan yang sebenarnya. Tidak dapatlah disamakan lurah dengan bukit, tenang dengan gelisah, kesusahan dan kesukaan, kemenangan dan kekalahan, putus asa dan cita-cita. Tak dapat disamakan orang yang sukses dengan orang yang muflis.

Keadaan-keadaan yang terpuji itu terletak pada qanaah, dan semua yang tercela ini terletak pada gelisah. 

Hati ini Merindu...

Allah..
entah mengapa detik ini
Hati makin merindu
Pada sebuah kenangan lalu
Bila ku tatap setiap wajah itu

Allah..
Kuatkan hati ini
Satukan hatiku bersama mereka
Selagi ada masa dan waktu
Agar kami sentiasa bersatu
Dalam sebuah tali kasih dan cinta
Redha ilahi

Padamu kasih
Hati ini sangat merindu
Tiap saat kita semua bersatu
Walau hebat badai yang melanda
Namun tali kasih ini pasti bernyawa
Dalam tiap detik nadi di jiwa

Ku hitung waktu
Andai bisa ku putar masa
Andai bisa ku balikan masa
Aku mahu kita semua sentiasa bersama
Buat selama-lamanya..

Rintihan hati yang sangat merindui kalian..



Ya Allah
Aku kaku saat ini
Kelu tanpa kata
Kosong di fikiran
Allahuakbar..
Mengapa berat aku rasakan
Mengapa aku rasa tidak tertanggung
Adakah aku hamba yang hina
Adakah aku insan yang terlalu egois
Hingga aku yang perlu menanggung rasa ini

Allah, tiada kata yang mampu ku ungkap
Tiada rasa tika ini
Kosong
Fikiranku menerawang
Jauh entah ke mana
Hilang jauh di tiup angin yang bayu

Aku tidak mampu lagi
Kata hati saat ini
Tatkala perasaan menerpa diri
Kerna aku kehilangan hati
Tiada harapan lagi
Tiada sinarnya lagi
Tiada cahaya yang mampu menyuluh
Jalan gelap nan kelam itu

Terdiam,termangu aku
Pabila bait kata itu ku terima
Bukan aku merasa terkilan
Namun rasa rapuh menikam di hati
Melemahkan segala nadi
mengembalikan tawa dalam keluarga itu
memautkan kembali tali-tali kasih dan cinta
yang makin jauh
tenggelam dek suria malam

Ya Allah
mengapa begini jadinya
Mengapa kasih dan cinta itu makin pudar dan layu
Mengapa sayang yang terbina menjadi pembunuh pada segala rasa
Hingga aku kaku dalam mempertahankan segalanya
yang makin layu gugur di dalam jiwa..

Ya Allah
Diamku bukan kerna amarah
Senyapku bukan kerna tiada kata
Namun
Aku tidak mampu..
Aku bukab lagi penawar bagi rasa itu
Aku bukan lagi pengubat bagi racun itu
Kerna aku kini
Makin layu hilang dalam sisa larut malam..

Pangkor Village Beach Resort
1.45 pagi
8 Jun 2011

Selamat Hari bapa, Abah!


Assalamualikum w.b.t

Kehadapan buat ayahanda yang tiada lagi dimata..Moga rohmu tenang disisi yang Esa..Abah, hari ini adalah hari ayah sedunia..dikesempatan ini, anakmu ini mengucapkan selamat hari ayah..Biarpun dirimu tidak lagi mendengar kata-kata ini, namun cukupkah bekalan doa dan kiriman Al-Fatihah menjadi peneman dirimu disana..

Abah,tinta ini hanya tinta biasa..Entah mengapa hati sering dirunding rasa sedih sejak akhir-akhir ini..Allah..kuat sungguh dugaan yang Kau berikan pada hambamu yang tidak berdaya ini..Namun..demi mereka, aku mencuba yang terbaik untuk menjadi yang terbaik ..Moga senyuman dan tawaku mampu memberi kekuatan pada mereka semua..

Hari ini hampir genap hari yang ke -100 pemergian arwah ayahku..ini bermakna benar-benar dia pergi meninggalkan aku di dunia ini..Mengapa hati aku tetap terusik mengenang keindahan zaman lalu..Sungguh, walau aku punya egois tersendiri..Namun, satu detik masa yang berlalu, mampu mengugat tawa dan senyuman aku tika itu.

Hari ini..hari bapa! Selamat hari bapa, abah!..walau dirimu jauh dimata..walau dirimu tidak ku dapat tatap wajahmu..namun, cukuplah kenangan antara kita dahulu menjadi kekuatan dalam diri..walau apa jua yang kau lakukan..jauh di sudut hati ini, aku tetap menyayangimu..Ku kirim doa dan Al-fatihah buat dirimu disana..Moga rohmu aman disisi yang esa..Al-Fatihah...

Buat sahabat handai di sana..Hargailah insan yang kalian masih ada...Hargailah peluang yang diberi ini untuk sama-sama menghargai kasih sayang ibu dan ayah kita..Lumrah manusiawi..selagi mana ianya berada di depan mata, pasti kurang untuk dihargai..namun bila mana ianya pergi jauh dari pandangan mata, kalian pasti merasa hiba dan berduka atas pemergiannya..Masa ini..carilah mereka sebagaimana mereka membesarkan kita..

Buat ayahanda tercinta, biarpun dirimu tiada lagi disisi..tiap saat ku panjatkan doa dan ku sedekahkan kiriman Al-Fatihah agar rohmu tenag disisi yang Esa..Biarpun aku tidak pernah lagi melihat wajahmu, namun pasti kenangan yang berbaki itu menjadi sebagai satu kenangan indah aku bersamamu..Walau apa jua yang berlaku, aku tetap menyayangimu..wahai ayahku..

Salam sayang,

Anakanda mu yang tersayang,
Nurfatimazurin binti Wahir.
19 Jun 2011
11.54 malam



Selamat Hari Bapa, Abah!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...