Ahad, 30 Oktober 2011

Isu Posting?????

Assalamualaikum w.b.t..Salam junjungan buat kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W serta para keluarga dan sahabat beliau..MOga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan limpah kurniaa dari Allah S.W.T..Allahuakhbar, hari ini kembali jari menari menulis tinta pada blog kesayanganku ini..Sebenarnya niat di hati mahu memulakan penulisan pabila blog ini sudah siap di naik taraf..hihi( macam bangunan pulak kan)..Namun, hati terasa ingin menjengah mengisi masa yang terluang mencoretkan kisah-kisah semasa tentang dunia..


Hari ini saya bersama sahabat Puisi Melayu berkunjung ke PNM ( Perpustakaan Negara Malaysia) bagi meneruskan Program Marathon Pembudayaan 1 Puisi yang telah bermula pada 26 Okt dan akan berakhir esok pada 31 Oktober di PNM..Alhamdulillah, gerakan Allah akhirnya saya membawa laptop saya sendiri ke sini..Jadinya saya manfaatkan sebaiknya untuk mencoretkan beberapa berita terkini...


Gempar : Buletin Utama TV3 : Hanya guru yang di taja oleh Kerajaan (KPM) akan di beri keutamaan untuk penempatan, namun berlaku sedikit kelewatan & diharapkan untuk terus menunggu untuk proses penempatan. Guru yang tidak ditaja oleh kerajaan (PTPTN) boleh memohon jawatan lain sekiranya tidak mahu menggu panggilan penempatan...


Apakah respon sahabat-sahabat semua tentang pengumuman ini..Allah, hebatnya dugaanmu...JIka ini yang ditakdirkan kami semua berserah dan bertawakal kepadaMu,,Namun, jangan terus mengalah..kena usaha dahulu..baru tawakal...banyak ayat-ayat Al-Quran yang Allah turukan tentang tawakal dan berusaha ini..Di kesempatan ini, saya masukkan sedikit pengisian buat kalian untuk ingatan diri bersama...(^_^)*





Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3)...




Jadinya, marilah sama-sama kita berusaha ya...ingat formula tika Ustazah masa sekolah dahulu..Usaha + Doa = TAWAKAL...InsyaAllah, pasti ada yang sangat baik untuk Allah berikan pada kita..Saya masih ingat lagi pesanan sahabat yang terdekat mengatakan, jika kita menerima segala dugaan Allah dengan hati yang ikhlas dan tersenyum, InsyaAllah kita akan merasai betapa manisnya ujian dan dugaan yang di berikan oleh Allah buat hambanya yang tersayang..=)



“Apabila hambaku bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan aku, sesungguhnya aku amat dekat. Aku memperkenankan permohonan yang berdoa apabila dia berdoa kepada Aku…” Surah Al-Baqarah ayat 186.
“Dan berkata Rabb kalian: Berdoalan kepada Aku, nescaya akanKu perkenankan…” Surah Al-Ghafir ayat 60.

Amin..amin Ya Rabb...Moga dipermudahkan segala urusan buat kita semua  

Basah Bibirku pabila...

.
.
.
Mari sahabat semua
Tenangkan hati
Tawakal pada ilahi
Basahi bibirmu itu
dengan zikrullah
Moga mendapat keberkatan daripada ilahi
Amin
Amin
Amin
Ya Rabbal Alamin
(^_^)*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...