Selasa, 2 November 2010

Aku Mohon..

Waktu ini
baru ku sedar
rupanya aku bukan seperti mereka
walau hanya dapat tertawa bersama 
walau ada tikanya bersedih bersama
namun aku bukan keluarga mereka

Saat ini
aku terjaga
aku tidak setaraf mereka
seperti yang aku rasakan dahulu
aku makin jauh ditinggalkan
tiada tempat disisi mereka

Detik ini
aku tidak mampu bertahan lagi
berpura-pura dalam senyuman
berlakon dalam pentas kehidupan
kerna aku punya
mata
telinga
hati
cukup untuk merasa semuanya
tanpa perlu kalian ucapkan
terima kasih wahai sahabat
terima kasih wahai kakak
mengajar aku untuk lebih tabah
mengenal padaku apa itu makna KELUARGA

HENTIKAN!!!
ucapan atau ungkapan
kita adalah keluarga
kerna aku pada tika ini
tidak akan mengungkapkannya lagi
biarlah aku sendiri bersama illahi..

DETIK INI..
merubah segalanya
kerna aku sudah mengerti segalanya..
siapa diriku pada mereka
hanyalah insan biasa
yang dahulu ku anggap keluarga
kini bukan lagi miliku..

PERGILAH..
kini aku tidak mahu merintih lagi
aku tidak mahu menangis lagi
aku penat untuk memahami
biarlah
aku begini kerna aku tahu
Kasih illahi tidak pernah mengenal siapa hambanya
namun hanya hambanya yang memiilih kasih mereka..






Jika belum BERSEDIA, Cintai dia dalam DIAM..


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai dia dalam diam ...
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, 
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. 
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..
 
Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALI?
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?
Dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
Biarkan ia tetap diam ...

Jika dia memang bukan milikmu, 
Sudah pasti Allah akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan pada orang yang lebih sesuai ...
Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Aditya Nugraha on Friday, April 30, 2010 at 8:05pm


Isnin, 1 November 2010

Jamuan Dr.Essmat *( ^ - ^ )*

Semalam kami semua 
telah di jemput ke rumah Dr.Esmmat ( merangkap mak angkat Aisyah)
macam-macam makan ada..
paling penting makanan Arab..
tak perlu bersusah payah untuk pergi ke Tanah Arab
segala-galanya ada di KHAR
sebab
Dr.Essmat ada..hihi
tapi sebenarnya jamuan makan malam tadi dilakukan untuk
meraikan perpisahan Dr.Esmmat yang akan tamat bertugas sebagai felo
pada akhir November ini..

Ucapan untuk Dr.Esmmat
Syukran ya ustazah atas makanan yang sedap
hidangan halwa dan kopi arab yang tidak pernah kami rasa di sini
ampun dan maaf kami pinta
dari anak-anakmu disini
sepanjang perkenalan kita
ada yang mengguris hati
mencalar emosi..
Asif Jiddan
semoga ukhwah yang terbina antara kita kekal hingga selamanya..
Amin..

nie ayam goreng yang dihias bersama bawang dan juga tomato..sedap!


Macam2 ada kat dalam nasi nie..ada buah prun, badam, kacang tanah..
pertama kali makan sedap..siap tambah lagi..


Ini sayur campur..boleh tahan sedap..tapi sedap la juga


Sup Bawang

.
.
.
.
.
itulah serba sedikit yang boleh saya coretkan untuk kalian semua
Perbezaan budaya bukan membezakan Agama
Perbezaan Negara bukan membezakan siapa kita
Agama kita tetap sama" Agama Islam"
Semuanya sama
Makhluk Allah Khalifah Utusan Allah

*( ^ - ^ )*

Melaka Negeri Bersejarah~~

Alhamdulillah..
Pada 30 hb November yang lalu, aku bersama beberapa sahabat seperjuanganku JMK KHAR yang terdiri daripada Fatin ,Awin, Hala, K.illya, Abg Rey,Fizan, Syahril gan Acik pergi ke Jasin Melaka untuk menghantar sedikit sumbangan hasil kutipan derma penghuni kolej kepada Arwah Nor Azmi ( bekas pelajar UPSI) yang kemalangan pada bulan lalu..Al-Fatihah kita sedekahkan pada beliau..Selepas pulang dari Jasin, Abg Ijan yang membawa kami baik hati pula untuk bersiar-siar ke bandar Melaka..hihi..ambil peluang la..seperti kata pepatah
 " Sambil Menyelam Minum Air" .. Banyak kenangan yang terpahat di hati tak kurang juga barang yang di beli.. Tapi yang ingin saya sampaikan setiap masa yang kita lakukan mesti bermanfaat kepada semua orang..walau hanya sesaat biarlah ianya memberi faedah pada diri kita sendiri dan kepada kita semua" Sekian..ini ada sedikit gambar kenangan yang saya dapat coretkan buat rakan semua..selamat melihat ~

nie adalah tapak perasmian kapal besar Melaka



ha..inilah gambar kapal Melaka..besar dan cantik tapi tak sempat naik..jadi amik gamabr je la.=)

inilah  gambar saya yang sempat diambil... =)



Ukiran Melayu Melaka yang masih lagi menjadi satu seni yang amat berharga



Sahabat seperjuangan JMK tersayang..moga ukhwah ini kekal selamanya..Amin..


Semoga segala pengalaman yang diperolehi dan kenangan yang terpahat di hati semuanya mendapat keredhaan illahi...Amin..kenangan kita bersama akan menjadi satu lakaran indah dalam hatiku..=)

Khas Untukmu yang Bergelar seorang Insan ~



Hadirnya tanpa kusedari

Menggamit kasih cinta bersemi

Hadir cinta insan padaku ini

Anugerah kurniaan Ilahi



Lembut tutur bicaranya 

Menarik hatiku untuk mendekatinya

Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini


Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu



Ya Allah 

Engkaulah tempat kubergantung harapanku

Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...