Selasa, 2 November 2010

Aku Mohon..

Waktu ini
baru ku sedar
rupanya aku bukan seperti mereka
walau hanya dapat tertawa bersama 
walau ada tikanya bersedih bersama
namun aku bukan keluarga mereka

Saat ini
aku terjaga
aku tidak setaraf mereka
seperti yang aku rasakan dahulu
aku makin jauh ditinggalkan
tiada tempat disisi mereka

Detik ini
aku tidak mampu bertahan lagi
berpura-pura dalam senyuman
berlakon dalam pentas kehidupan
kerna aku punya
mata
telinga
hati
cukup untuk merasa semuanya
tanpa perlu kalian ucapkan
terima kasih wahai sahabat
terima kasih wahai kakak
mengajar aku untuk lebih tabah
mengenal padaku apa itu makna KELUARGA

HENTIKAN!!!
ucapan atau ungkapan
kita adalah keluarga
kerna aku pada tika ini
tidak akan mengungkapkannya lagi
biarlah aku sendiri bersama illahi..

DETIK INI..
merubah segalanya
kerna aku sudah mengerti segalanya..
siapa diriku pada mereka
hanyalah insan biasa
yang dahulu ku anggap keluarga
kini bukan lagi miliku..

PERGILAH..
kini aku tidak mahu merintih lagi
aku tidak mahu menangis lagi
aku penat untuk memahami
biarlah
aku begini kerna aku tahu
Kasih illahi tidak pernah mengenal siapa hambanya
namun hanya hambanya yang memiilih kasih mereka..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...