Rabu, 20 Oktober 2010

~ Kenangan ~

20-10-2010

Bismillahirrohamnirrahim...

Lafaz permulaan untuk AZAM baru..

Walaupun bukan tahun baru,

Namun tidak bererti kita tak boleh memperbaharui AZAM yang lama,

Tarikh ini,Menyimpan Seribu Makna,

Terutama kepada sesiapa yang lahir pada hari ini,

Kepada mereka yang mempunyai kenangan pada tarikh ini,


Namun,

Bagiku tarikh ini..

Menyimpan beribu kenangan,

Biarpun pahit mahupun manis,

Mampu menyingkap pelbagai perasaan,

Mampu untuk membina berjuta impian,

Mampu untuk memberi inspirasi diri,

Dalam menggapai impian agar menjadi realiti.


Ya, tarikh ini,

Punya Makna tersendiri,

Buat diri yang merindu kasih illahi,

Kerna setelah sekian lama,

Akhirnya terungkap jua,

Biar terlerai segalanya,

Namun, usah risau..

Satu saat nanti pasti detik manis akan menanti,

Buat diri yang rindu cinta dan kasih illahi,

Agar ianya terus bersemi hingga akhir nanti,


Tarikh ini juga,

Kotak hati dan kunci itu,

Ku letakan ia jauh di sudut hati,

Agar isi di kotak itu,

Tidak bisa dikeluarkan hingga sampai masanya nanti,

Ku letakan kotak dan kunci itu,

Di sebuah taman hati,

Akan kusirami dengan rasa rindu pada illahi,

Akan kubajainya dengan keredhaan dari-Nya,

Moga suatu hari nanti,

Saat yang dinanti,

Akan ku buka menggunakan kunci itu,

Bersama insan yang merindui cinta illahi,

Agar dapat ku semainya untuk kekal bahagia selama-lamanya.


Tarikh ini,

Aku menjadi insan baru,

Punyai misi dan visi tersendiri,

Biarpun kenangan yang dulu,

Bisa menyingkap tirai hati,

Namun, akanku anggap ia,

Seperti angin yang menyapa di pipi,

Dalam aku mengisi peribadi diri,

Mencapai rahmat illahi,

Menggapai impian di hati.


Tarikh ini juga,

Ku khususkan pada perindu illahi,

Kerna memahami kerinduan di hati,

YAKINlah,

Suatu hari nanti,

Pasti bahagia menanti,

Kerna kasih yang diberi,

Hanya pada Ya Rabbi illahi.


YAKIN ~ BAHAGIA ~ TENANG



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...