Sabtu, 4 Disember 2010

[ Tarikh ini..]

Alhamdulillah
hari ini telah berakhir perjuangan ku di medan peperiksaan
segala usaha ku lakukan
kini hanya bertawakal pada ilahi
moga diberi kejayaan padaku

Hari ini juga,
mula aku meneruskan kembali tugas ku
sebagai seorang pemimpin untuk semua
menggalas tanggungjawab yang diberi
moga aku dapat melaksanakan dengan sebaiknya

Hari ini juga,
aku menerima hakikat 
pada semua yang ditetapkan illahi
kerna bukan semua yang aku ingini
dapat aku miliki

Hari ini juga
aku melepaskan 
sebuah impian dan harapan
kerna aku hanya hamba biasa
yang tidak tahu rencana ilahi

Apa yang pasti
bukan itu milik ku
bukan itu untuk ku
bukan itu ketetapan buat ku
kerna aku tidak layak untuk mendapatkannya

Harus aku simpan ia jauh di sudut hati
supaya tidak hadir untuk menaruh lagi
buat sesuatu yang tidak pasti
hanya kini satu harapanku
moga aku mampu tabah untuk menghadapinya

Buat semua
bukan senang untuk membicarakannya
sukar untuk melafazkannya
hanya hati bisa berkata-kata
kerna aku bukan seperti yang lain
bisa meluahkan apa yang ku rasa

Aku juga punya hati
punya maruah
punya harga diri
punya prinsip tersendiri
biarlah aku menggunakan cara aku ini
kerna aku tahu ia pasti bukan untuk ku

[ Moga pelangi kasih sentiasa bersama menemani ku.. ]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...