Khamis, 11 November 2010

Halaqoh Cinta Buat Suamiku ~



 "Halaqoh ini adalah halaqoh cintaku....."


Jika sepasang kekasih berdating di taman, kita tidak sabar-sabar dating dalam halaqoh,

Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi, dibawahnya cahaya rembulan, berdua-duan jauh daripada orang; kita berkasih sayang dalam terang tanpa takut dan bimbang,

Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah; kita berhibur dengan madah kallamuallah,

Jika sepasang kekasih sering bermadu kasih atau rangsangan nafsu; Kita berkasih atas landasan ukhuwafillah, bebas dari dorongan nafsu semata,

Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya; Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita,

Jika sepasang kekasih sentiasa menjaga hati; Kita sentiasa menjaga akhlak dan pekerti sesama, salinh nasihat-menasihati agar semakin berkuailiti,

Jika sepasang kekasih merasakn dunia ini mereka yang punya; kita sentiasa menyedari hakikat bahawa dunia ini Allah yang punya,

Jika sepasang kekasih sanggup berkorbankan harta, keluarga dan maruah demi Cinta; kita sanggup korban segala-galanya  demi Cinta agungNya  dalam masa  yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya!

Tautan Kasih-Fatimah syarha





  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...