Khamis, 25 November 2010

~Pelangi Kasih~


Alhamdulillah,
lafaz keramat ku ucapkan,
kerna masih di beri peluang,
menikmati keindahan ciptaan illahi.


Pagi ini,
amat indah juga menenangkan jiwa,
udaranya,
segar menyapa di pipi,
tatkala angin 
lalu di jendela ini.


Tiada apa,
hanya tinta biasa,
buat sahabat juga kakak tersayang
[ kasmah binti sidik]
moga dikau kembali gembira + ceria,
kembali kuat dan tabah,
kembali tersenyum dan tertawa,
seperti dahulu tika aku bersamamu,
tika di kau sentiasa memberi semangat padaku,
tika dikau sentiasa menerima segala dugan-Nya,
itulah doa dan harapanku padamu.


Duhai sahabat!
dugaan Allah padamu,
tanda Dia menyayangi kamu,
sabarlah wahai sahabat,
didik hatimu menerima ujian llahi seperti dahulu,
Aku yakin kamu kuat menghadapinya,
InsyaAllah..
Setiap yang berlaku ada hikmahnya kemanisannya,
Pasti satu masa nanti,
[ Pelangi Kasih itu akan tiba]




p/s : [ La Tahzan Sahabat..Kak Ngah ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...