Jumaat, 12 November 2010

Hebatnya Allah..




Kisahnya begini :


Biasalah minggu add kursus..bermacam ragam dan gaya..hihi..kalau dingat kembali pada sem lepas lagi kelakar ..hinggakan pada sem lepas nak add nie ramai yang jadi zombi termasuklah sahabat-sahabatku tersayang ( nina, nora, dayah, ain, atin dan lia)..hihi..kami nekad sampai berjaga seharian kat umah k.nad( akk debat) untuk add kursus semata-mata ingatkan leh la add cepat kononnya..sekalinya..tidak berjaya jugak..pabila mentari muncul bersama sirna cahayanya, kami dimaklumkan bahawa ada sahabat2 yang add kat kolej dah add penuh..apa lagi, kami nie terkocoh-kocoh la..pergi ke blok 2 nak add..hihi..sangat kelakar pada waktu itu..kenangan add sabjek bersama sahabat-sahabatku tersayang,...


Namun, pada sem ini agak sedikit berbeza...agak santai tapi tetap risau juga..Ini pun sebab dapat bilik kuat line internet...bersama roomate seperjuangan yang pelajar bahasa Melayu juga( Nur Zalikha), kami beramai-ramai menyediakan Air Milo, biskut dan sebuah movie untuk dijadikan teman semasa add kursus..huhu maklumlahkan dah senior jadi dah tahu awal-awal pasti akan loading je...tunggu punya tunggu..bangun tido tengok loading lagi..sampailah esok paginya..tak juga kami dapat daftar..huhu..semua benda tak terurus semata-mata nak add kursus..Mysis UPSI rupanya ada masalah..internet server bermasalah teruk..kalau hendak di kaji pun macam mana tak teruk yang daftar kali nie campur dari sem 1 hingga sem 3..cuba kira berapa ribu pelajar yang berebut-rebut nak masuk daftar pada satu masa yang sama..


Hari berganti hari..masuk ini dah 2 hari add kursus ..namun tak berhasil juga nak pecahkan tembok Mysis..akhirnya aku dan roomate ku dapat juga add satu subjek tengah hari tadi..jadi hati tenanglah sedikit..ingatkan leh add lagi ..Rupanya kami silap, tunggu punya tunggu kami masih tak dapat..bila tengok kat Wall fb ada kawan2 cakap dah add banyak..jujurnyalah kami rasa sedikit tertekan dan tertanya mengapa kami masih tak dapat add lagi..hihi..tak berapa lama pas solat Asar, Puteri Aisyah housemate ku beritahu pada kami, Herwana MPP Kebudayaan dan Kesenian bagitahu yang sem 3 akan dibuka laluan untuk daftar kursus..masa tu juga kami berdua berhempas pulas nak add..dapatlah juga satu kursus..Alhamdulillah..


Namun, kami hadapi beberapa dugaan..lepas dapat makluman petang itu, kami tak dapat nak teruskan add sebab kami kena pergi ke Slim River atas hal-hal tertentu..kami tetap masih boleh bersabar dan tersenyum namun dalam hati tetap risau..selepas maghrib kami sampai di rumah dan selepas solat terus kami menghadap laptop nak add kursus lah..hihi..masa tue berharap dan berdoa pada-Nya agar dimudahkan segala laluan..tunggu lagi tetap sama, loading juga..kami pun ambil keputusan nak makan..semasa makan housemate kami bagitahu yang JMK ada meeting dengan pihak pengurusan..tapi tak pasti sebab hanya beberapa sahaja yang diberitahu..oleh itu, kami buat kesimpulan bahawa mungkin MT sahaja yang meeting..


Alangkah hebatnya dugaan Allah untuk menduga iman dan hati hambanya..Akhirnya, lagi 20 minit nak jam 9.00 malam memang telah disahkan kami ada meeting..Wah..apalagi aku dah menangis la..sebab nak add lagi, nak meeting lagi..Jadi aku pun amik keputusan untuk bawa laptop sama-sama masa meeting..huhu...masuk2 je bilik meeting terus duduk kat bawah..hihi tanda protes pun ada,,, muka dah tak leh senyum..mata dah bengkak..malu mang ada ..dah lah nak bentang slot untuk program..tapi mang aku diam je..kawan ajak guaru pu aku senyap je..ada beberapa JMK muslimin yang menyakat aku huhu lepas kena panahan jelingan terus tak kacau lagi..diorang faham lah aku not in mood..aku duduk bawah pun sebenarnya nak menyorok sebab nak add kursus..hampir sejam juga aku dan sahabat-sahabat yang lain mencuba namuin tetap tak boleh juga..risau yang teramat ketika itu..Air mata tue gah bergenang je..Buat insan yang sentiasa bersama aku selalu ..huhu maafkan saya ya..sebab tak pasal-pasal kamu kena tempiasnya..maaf sangat2 di pinta..


Kuasa Allah...tiba-tiba kami telah dibantu seorang sahabat JMK muslimin( hihi kawan yang dah kena jeling gan aku tadi) Ahmad Syahir @ toet, sahabat JMK yang gak rapat gan aku..dia bagi kami cara senang nak add..Alhamdulillah atas izin allah dan ketika itu line sangat laju..akhirnya aku dan semua sahabat JMK yang lain dapat juga add kursus pada tika itu juga..Subhanallah..hebatnya kuasa Allah..HANYA SEKELIP MATA sahaja..itulah  kuasa Allah..bila Allah nak kata  "KUN FA YAKUN" terus semuanya akan berubah mendengar perintah Allah..maka mudah segala urusan kami.. terima kasih Allah..hati ku begitu terusik dengan kehebatan Allah..sungguh kita manusia semuanya kerdil dan tidak punya kuasa yang hebat..Allah yang maha Agung dan Maha Hebat..setelah puas menitiskan air mata dan hampir putus asa juga namun akhirnya Allah sentiasa mengkabulkan doa hamba-Nya.. Percayalah wahai sahabat semua..Allah tidak akan meninggalkan hamba-Nya dalam kesusahan..Dia pasti bersama-sama kita..


KESIMPULANNYA : andai ada masalah atau perkara yang berlaku..didiklah jiwa sabar dan tabah dengan ujian Allah..Yakin pada Allah sebab Dia tidak akan pernah meninggalkkan hambanya yang dalam kesusahan..Percayalah..


Kata -kata sahabat tersayang :


 "Susah itu Tarbiyah, Sabar itu indah " ( akk saya tersayang) - Kasmah binti Sedek

"   فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا   Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا       sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan  "



.
.
.
.
.
.
.
.

*( ^ -^)*

YAKINLAH PADA ALLAH

2 ulasan:

  1. alhamdulillah nur..xnk nangis2 ag..heheh
    senyum..kn 1 sedekah..:-)

    BalasPadam
  2. macam2 hal masa nak add subjek. fuh3

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...